Wednesday 25 April 2012

: cinta tak datang lagi.

salam...
buat apa?buat tak tahu..kenapa tak tahu..sebab tak tahu nak buat apa..
*ok xdak kena mengena dengan tajuk di atas..

hemmm,luruskan kaki.tegakkan badan.keluarkan semua urat kentot.hmmmm..okkayy..

cinta?apa itu cinta?
kalo dalam cita kuch kuch hota hai,cinta tu persahabatan..part yg SRK kena tya ngn miss briganza dalam kelas tuh..

tapi kalau dalam versi aku sendiri..cinta tu aku pon tak tau..sebab cinta tak hadir lagi..ok jap.sekarang ni kita cakap pasal cinta antara lelaki dan perempuan..yee, paham..tak elok kalau nak bercinta tapi ada ketikanya kita perlukan seseorang selain dari keluarga dan kawan untuk menzahirkan suatu perasaan yang ALLAH dah simpan dalam hati kita ni.tapi perasaan ini kita kena guna elok-elok..tak boleh zahirkan dan gunakan sesuka hati sahaja..pahamm??kalau guna sesuka hati saja, lama-lama akan memudaratkn pulak..faham kan..

hmm,cinta dalam hati ini..ok seriously, dalam tempoh 21 tahun 7 bulan lebih dan entah berapa hari ini..percayalah cinta antara lelaki dan perempuan tak pernah hadir dalam hidup ini..yang ada cuma sayang, tertarik dan suka..tak pernah lebih dan tak pernah kurang..andai la di describekan maksud perkataan couple..aku pon tak pasti pernah rasa atau tidak..semua tu dongeng ja..aku pernah rasa..hmm,3 kali aku rasa..f3, f5 dan plkn..tapi tak dak satu pon yang terkesan dan berkesan di hati..lepas tuh, dah xdak lagi cerita dongeng ni..sampai la sekarang..

masuk uitm dungun, ok dah melekat kat seorang..tengok dari jauh sejak masuk pra sampai masuk degree..tapi sayang sejak degree tak jumpa dah sampai sekarang..tengok muka dia sekali lepas tu tak pusing dah.*yee,saya gatal*..tak pernah nk try approach dia depan2..tak pernah cakap pon..just tengok dari jauh ja..nampak dia senyum sorang2..percayalah gambar dia tengah jalan pon aku rakam dan tangkap..bukan gila tapi entahlaaa..ye,gila kan.boleh pulak buat ada perangai macam ni..

tapi sekejap ja..bila dah terima kenyataan nak masuk degree dah, memang tak ingat dia dah..stop..sebab mustahil kalau nak jumpa dia lagi..course dia pon jauh panggang dari api kalau dia dapat kat uitm melaka pon..then sambung belajar kat melaka..nk masuk 4sem kat sini..hmmmm, still no one holds my heart..

orang selalu cakap..xde ke?xkan xde..tipulah..mustahil xde..yaa, saya tak de boyfriend..single is the status..hmm, tapi kan..hati ni senang sangat nak sayang orang dan senang sangat nak sukakan orang..masalahnya yang tu..benda ni bahaya.

hmm,aku niat dalam hati kalau ada seseorang itu hadir..aku mohon supaya itu yang terakhir.sampai bila2..sembang dengan ibu memang terbaik..aku kata kalau xdak jugak..ibu la tolong carikan..ibu kata` tapi bagi habis belajar dulu, nanti ibu carikan ustaz sorang.hehe.*bole ka cam ni?*dengan ayah lagi senang.kalau ada calon, jalan....*bagi aku yang tu green light*hahahha..

so..what will happen in the future??kita tak tahu..even aku pon tak tahu..yang pasti semua ini sudah dirancang..dan insya'lah semua akan berlaku seperti yang dirancang..:)

smile and always doa..do not forget HIM...ALLAH cinta yang hakiki..


p/s-*saya pemalu*wink2!

Wednesday 18 April 2012

apa itu blog?

salam.hyeeeeeeeee

apa itu blog??apa itu blog yang bersawang-sawangan.sumpah bm ni salah.(sila jangan ikot)..apa itu blog berkurun?jawapannya adalah blog ni laaaaaa..hahahaha

ye.ye.ye..i paham da.saya paham da.aku paham da.dah lempang diri sendiri banyak kali.da dush2 banyak kali jugak pon.hahaha.ngeeeeeeeeeeee.
last entry buat waktu kat rumah.noted!RUMAH..yeeee, sangat dah lama..sekarang dah naik sem, dah nak masuk mid term break dah pon hujung minggu ni.tak jugak-jugak update2 blog..

sekarang tengah ada masa sikit.SIKIT JA.malam ni test cancel, esok ada presentation tapi rileks sikit sebab dah prepared.then jumaat.then balik PENANG..

anyway, before kita melalut lalut ke laut.there is one news..hmmmm, mintak tolong korang-korang sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham haji hamzah bin abd hamid.my grandfather. aku panggil wan. wan menghembuskan nafas yang terakhir pada hari khamis tarikh 5 april 2012 pukul 9 pagi tepat..alhamdulilah, aku sempat jugak jumpa wan buat kali terakhir..rabu ponteng kelas, kalot-kalot col lecturer, balik kedah emergency..then rabu petang sampai kedah..sempat jumpa wan, cium wan.duduk sebelah wan baca yasin, baca al-quran. pegang wan, peluk wan..esok pagi tu wan dah pergi..alhamdulilah, arwah pergi dengan tenang..arwah pergi sebab sakit tua.umur pon da 83 tahun..


al-fatihah..semoga arwah dicucuri rahmat.aman bahagia di sana..:)



p/s-rindu pantun-pantun wan.wan suka pantun..

p/s-lepas ni insya'lah akan ada banyak entry.sebabnya adalah cuti..wait naaaa..!lol