Thursday 23 June 2016

: Ramadhan third week

Bersawang laaa hoi blog ni
Empat puluh kali update enry, empat puluh kali laa cakap benda yang sama
Haha..dah tu update laa kerap skett
Hekhek
Gegehh

Ingat tak last entry cakap pasal suami nak pasangkan aircond?
Nan hadoo k
Sampai sekarang nan hadooo aircondnyaa ituu
Ada ja sebab yang tidak membolehkan aircond itu dipasang

Hmmmm
Takpa laa I redha je la
Tambah pulak sekarang ni El NiNO dah habis kann
Cuaca sejuk je pulak sekarang ni
Asyik hujan jee
Aku pulak asyik malas jee
Haha
Makin besar perut makin malas mak ko ni nakk
Nanti anak jangan malas malas k
Kena rajin macam mak ko before before ni

Masuk ofis mood dah ke laut
Report semua nak kena setel before cuti raya
Aku cuti dah la seminggu
Yang lain amik dua tiga hari je
Melambung lambung laa keja report report ni haa kena siapkan awal
Tapi takpa, buat awal nanti naik keja pas raya dah senang sikit
Ngadap benda yang baru baru ja

Kerja banyak dah siap gak, tinggal kan sikit la untuk minggu depan punya
Nanti bos masuk tak boleh nak buat buat busy
Hahahahahha

Banyak benda aku nak bebel bebel ni
Tadi baru lepas checkup kk untuk 23 weeks
Uishh..kejap jaa dah 23 weeks
Dulu mula mula ngandung tiap tiap hari kira
How many days how many weeks
Tapi dah lama lama macam ni
Malas dah nak kira
Cuma tak sabar nak nunggu keluar ja ni ha
So far alhamdulillah semua okay
Baby punya heartbeat pon laju over 140
Aku punya berat ada turun sikit 1.2kg
Adehh..sebab puasa kot
Tapi lagi banyak tak puasa macam mana ni
Hahaha perut aku memang lapar wehh
Tak tahan sangat kalau tak makan
Baby ni diam jaa kalau tak makan
Bila dah makan amboii bergusti ko dalam perut ni ehh
Tadi sambil nurse check heartbeat pon kemain ko tendang tendang dalam perut
Tak pe la nak asalkan bahagia

Baju raya tak da lagi
Aku pegi Bandung tahun lepas kemain beli kain banyak banyak
Satu pun tak buat lagi
Alkisahnya sayang nak buat baju ngandung
Nanti dah bersalin baru la tempah
Haha
Kain baju raya suami pon tak buat buat
Dua dua asyik dok tangguh
Plan nak pakai sama tahun ni
Ayah ngan anak buah semua dah buat
Dah siap. laki aku jugak tak buat buat
Ibu dah warning ko tak anta baju tempah ko pegi cari kain baju yang sama lebih kurang
Tahun ni raya kedahhh
Im soooo happyyyy wehhh
Sampai sekarang pun belum pikir lagi bila nak pegi beli baju raya
Dah dua dua laki bini suka tangguh tangguh kan benda
Haa jadi la camni
Dah dua dua sibuk kemainn
Nak curi masa susah sangat
Minggu first puasa ayah datang
Minggu second buka puasa beli suami
Minggu ni ja tinggal nak setel kan rumah kain baju semua nak buat kuih nak anta keta servis nak kemas barang
Minggu depan pas keja dah shoot balik kedah
So camnaaa
Haishhh
Aku dok rasa dah malam raya baru dapat baju raya
Hahaha
Tapi tak rasa nak raya pon ada
Sebabnya lebih kepada boleh nak makan makan banyak
Hahahaha
Tunggu dak baby ni keluar la nanti kita raya sakannn tahun depan :)

Penat dah bebel bebel
K nak sambung kerja eh kerja ke?
Haha nak sambung rehat





Monday 11 April 2016

Please abang, please pasang la aircond please :(


Panas weh sekarang ni
Terasa sangat bahang kat mana-mana pon
Aku ni duduk dalam ofis dengan dalam kereta je rasa nyaman 
tempat lain sorry memang haba yang amat

kat rumah pon sama
siap lawan peluh dengan laki
haba sangat wehh
sedap ja duduk dalam kereta 
rasa macam tak mau keluaq dah
hekhek

tapi ye la 
takkan nak makan minum dengan aircond pulak kan
aku dok bodek suami suro pasang aircond
suro pasang aircond
pasang la aircond
apa yang susah sangat nak pasang aircond
dia kata boleh nak pasang aircond
tapi bil elektrik kongsi
cehhh
sajaa nak suro bayar la tu
hahaha

pas tu dia cakap pulak tunggu ada anak la baru pasang
ehh anak ja ka nak kena aircond?
mak dia tak payah?
ishhh terang terang dah tunjuk kesayangan dia kat sapa
hmmm

dia kan jenis kerja sampai malam
kerap ada breakdown
tinggal la aku sorang sorang kat rumah
so lately ni bila aku asyik sentap sentap kena tinggal sokmo
lama lama baru dia tau kesian

ye la 
dia balik keja kadang kadang tengah malam la
awal subuh la
dah azan subuh baru dengar bunyi motor
ngam ngam subuh la
bila dia sampai tengok aku dah basah mandi peluh semua
mau tak kesian
kena la ada rasa kesian
sampai la malam tadi kena tetiba

okay la ili, okay okay
hujung bulan ni kita pasang aircond
I is haha yeayyyyy

aku kerja company contractor so boleh la dapat company punya price time beli nanti
murahh la sikit
aku cakap bagi ja duit nak beli aircond 
nanti aku settlekan
dont worry
bagi lebih pon tak apa bangggg

hhahahahahahahaha





Friday 8 April 2016

SERVIS KERETA


Bukannya aku macam tak sokong kereta kereta buatan Malaysia ni
Memang la aku sokong.dah aku pon pakai kereta proton
Tapi bab bab servis ni aku macam hmm kurang sikit
Lepas aku punya second servis ke third servis macam tu diorang tak lekat 
kan sticker bila next servis     
Tapi diorang dah cakap sticker tu habis, HQ belum hantar lagi n 
diorang dah tulis kat buku
Suro refer buku servis je
Aku pon macam okay.dalam hati tengah sabar jugak masa tu
Bila aku refer buku servis tu, next servis bila mileage cecah 47000

Aku pon okay la..sampai la one day tu on the way g kl dengan member
Bunyi enjin kereta macam kasar sangat lepas tu atas highway kan 
dengungnyaa pijar telinga ni dengar 
Aku dah macam eh kenapa
Takot pon ada dah masa tu
Tapi gagah jugak jalan sampai sana pegi balik
Tawakal je dengan bunyi keta macam tu
Jangan kau berhenti tengah tengah jalan sudah

Balik rumah tu aku google suppose mileage berapa yang patut kena servis 
dah kalau lepas servis hari tu,   
Aku check tengok siap col proton pagi dorang cakap next servis patut 42000
Ko bayangkan mana kereta aku tak berdengung bunyinya sampai macam tu sekali

Dalam masa yang sama jugak tiba tiba proton hantar mesej kat aku
Masa untuk puan servis kereta dah lepas
Sila ke pusat servis proton terdekat untuk untuk tujuan servis

Esok tu pergi hantar kereta aku Tanya la kenapa jadi macam ni
Kenapa information u salah cakap la betul betul lain kali
Buku tulis lain lepas tu sticker pon tak de bagi
U tulis dekat buku pon salah
Orang dah jalan jauh sana sini
Kalau jadi apa-apa nanti sapa nak tanggung
Okay puan, kami minta maaf
Itu jeeeeeee

Malas aku bebel panjang-panjang lagi
Kereta opis pon hantar servis kat situ jugak
Kitorang dah cakap bila tekan brek ni ada bunyi bising
Minta Tolong check
Lepas tu jadi balik
Padahal lepas diorang servis ke apa mesti test drive keta kan
Takkan la telinga tu tak dengar bunyi bunyi yang ada
Ishh
Orang bayar tau servis bukannya murah
Check la betul-betul

Pernah sekali jugak lampu dalam kereta aku tak function
Aku suro dia check, dia kata rosak
Nak ganti tempat diorang tak de spare lamp tu
Dua tiga kali aku servis situ aku kena Tanya sendiri
Bukan dia note kan dekat aku punya car maintenance diary ka apa
Tiap kali datang aku sendiri kena Tanya pas tu jawapan yang sama jugak dapat
Menyampah dah aku nak Tanya

Last last sejak dua servis terakhir ni aku pegi kedai biasa je
Bengkel kereta ja
Jadi apa apa kat kereta ni memang aku jawab sendiri la
Terpaksa
Sebab I cannot la sangat la sakit hati

Tapi ni dah tiba tiba tayar kereta berdengung
Ehh ko dah kenapa
Kejap bunyi macam tok tok tu
Lepas tu tak de bunyi pulak dah
Kena hantar pomen jugak ni nanti
Servis pon dah sampai masa
Nanti kita tanyakan abang pomen tu sekali

Tapi laki aku laa yang uruskan
Hari tu dia dah check
Katanya bearing tayar
Dah okay dah
Pas ni jadi balik
Hantar Tanya pomen la
Dia pon tak berani nak usik lebih lebih
hehe

Kbye
Nak makan aiskrim paddle pop pelangi

:)









Saturday 2 April 2016

LITTLE NEWS

Assalammualaikum

Lama pulak menyepi, last update masa maal hijrah ko wehh..lama sangat dah tu
aishh

oktober, november, disember, januari, februari, mac n skrg ni dah april
hadoii
april baru bersidang balik..umah kita takdak line wifi yang bole update selalu.
ni pon tumpang pc opis.haha
nak update pakai hp, uishh malas yang amat laa
sejak2 ni nak tengok henpon pon malas 

okay, ak ni tengah mood mood excited xpercaya yang tak setel lagi okkay
haha
aku kahwin bulan lima 2015, sekarang ni dah april 2016, means dah nak masuk 11 bulan jugak la ak kahwin kan
heeeee
kitorang lepas kahwin pon memang dah plan nak ada anak terus sebab ak sangat la tak sabar nak ada anak,,haha asyik main dengan anak orang je.. bila tengok orang mengandung pon macam ehh tak sabarnyaa nak rasa jugakk perut besar anggun seksi macam tu heee

so here come the little news
alhamdullilah im pregnant..approaching 12weeks :)
amin amin..alhamdulilah..
sebelum ni setiap kali bendera merah muka husband macam kecewa sikit tapi buat buat macho sambil cakap tak pe kita cuba lagi lepas ni

aku pon dalam masa yang sama period memang tak teratur and ada rasa macam selalu tak sihat and so on..
for you info, nak masuk tiga bulan aku kahwin, dalam awal bulan lapan i have to go under one operation
hmm,,breast lump at both side,,mulanya aku g klinik sebab miss B aku sakit bila tekan
konon konon simptom pregnant la..tapi lain pulak jadinya
doc detect ada lima biji ketulan at my miss B. :)
esok tu terus refer pada pakar di so sebab tekan sakit ada

okay sambung balik taip
ada kerja sikit tadi :)

then lepas refer doc the next day ak terus kena operate
dua minggu dapat mc
balik penangg la apa lagi
haha

lepas dah sihat tu cuba lagi trying to conceive
walaupun macam still baru lagi kahwin, tapi perasaan nak mengandung tu sangat kuat
nak sangat sangat
sampai la tiba aku macam sakit teruk jugak
kejap demam kejap tak
makan tak tentu sebab jarang sangat lapar tapi berat tak turun turun jugak..haha
badan seram sejuk 
sakit here and there
n one day aku rasa pinggang aku macam sakit sangat berminggu minggu
aku nak rukuk n sujud time solat pon sakit
so i decide macam nak pegi urut
sebelum tu pon pernah jugak nak pegi urut tapi fikir buat apa sebab tak sampai setahun lagi kahwin
tapi yang ni aku pergi memang sebab pinggang aku sangat sakit sekali dengan nak try try urut la

sebelum aku pergi, aku google jugak dulu
then aku ternampak satu artikel ni pasal rahim jatuh
hmm..aku baca semua simptom simptom nya
hmm ada jugak jadi kat aku
so tak pe lah nanti dekat tukang urut tu aku suro dia tengok sekali
actually tukang urut ni bidan kampung
so alhamdulilah,,memang kena la aku pegi kat dia

aku urut dua hari turut2,,
so memang dia cakap rahim ak jatuh sikit..dua hari turut2 dia urut n tolak rahim naik..
sakit please jangan cakap
senak jugak la bila mak cik tu urut
:)

lepas tu aku dah tak ingat macam mana
lepas urut tu teros xperiod dah
haha..plus mula mula macam buat tak kisah ja
buat dek ja
sebab period aku memang dah lari jauh sangat dah
so kalau tak datang datang tu memang aku ignore ja
thennnn 
ada seminggu tu turut turut aku sakit bawah perot bila malam
bila malam je jadi
 malam je jadi
sakit sangat sangat bawah perut macam ada benda nak keluar tak lepas
aku assume nak period la kan
then tak datang datang jugak
lepas tu hahaha meh la kita check upt
 :)
:)
:)

alhamdulillah keluar dua line
peluk peluk dengan husband kejap pagi tu
malam balik keja tu pegi klinik
konfirmkan

yeayyyy

husband seronok sangat wehh
alhamdulilah
seronok bila doa kitorang dimakbulkan

morning sickness, muntah muntah memang tak da
cuma pening pening sikit, loya n selera makan memang out
tapi paksa jugak diri makan untuk baby

doakan aku sehat sehat dan baik baik saja k
insyaallah aminn

nanti rajin aku update lagi :)