Friday, 8 April 2016

SERVIS KERETA


Bukannya aku macam tak sokong kereta kereta buatan Malaysia ni
Memang la aku sokong.dah aku pon pakai kereta proton
Tapi bab bab servis ni aku macam hmm kurang sikit
Lepas aku punya second servis ke third servis macam tu diorang tak lekat 
kan sticker bila next servis     
Tapi diorang dah cakap sticker tu habis, HQ belum hantar lagi n 
diorang dah tulis kat buku
Suro refer buku servis je
Aku pon macam okay.dalam hati tengah sabar jugak masa tu
Bila aku refer buku servis tu, next servis bila mileage cecah 47000

Aku pon okay la..sampai la one day tu on the way g kl dengan member
Bunyi enjin kereta macam kasar sangat lepas tu atas highway kan 
dengungnyaa pijar telinga ni dengar 
Aku dah macam eh kenapa
Takot pon ada dah masa tu
Tapi gagah jugak jalan sampai sana pegi balik
Tawakal je dengan bunyi keta macam tu
Jangan kau berhenti tengah tengah jalan sudah

Balik rumah tu aku google suppose mileage berapa yang patut kena servis 
dah kalau lepas servis hari tu,   
Aku check tengok siap col proton pagi dorang cakap next servis patut 42000
Ko bayangkan mana kereta aku tak berdengung bunyinya sampai macam tu sekali

Dalam masa yang sama jugak tiba tiba proton hantar mesej kat aku
Masa untuk puan servis kereta dah lepas
Sila ke pusat servis proton terdekat untuk untuk tujuan servis

Esok tu pergi hantar kereta aku Tanya la kenapa jadi macam ni
Kenapa information u salah cakap la betul betul lain kali
Buku tulis lain lepas tu sticker pon tak de bagi
U tulis dekat buku pon salah
Orang dah jalan jauh sana sini
Kalau jadi apa-apa nanti sapa nak tanggung
Okay puan, kami minta maaf
Itu jeeeeeee

Malas aku bebel panjang-panjang lagi
Kereta opis pon hantar servis kat situ jugak
Kitorang dah cakap bila tekan brek ni ada bunyi bising
Minta Tolong check
Lepas tu jadi balik
Padahal lepas diorang servis ke apa mesti test drive keta kan
Takkan la telinga tu tak dengar bunyi bunyi yang ada
Ishh
Orang bayar tau servis bukannya murah
Check la betul-betul

Pernah sekali jugak lampu dalam kereta aku tak function
Aku suro dia check, dia kata rosak
Nak ganti tempat diorang tak de spare lamp tu
Dua tiga kali aku servis situ aku kena Tanya sendiri
Bukan dia note kan dekat aku punya car maintenance diary ka apa
Tiap kali datang aku sendiri kena Tanya pas tu jawapan yang sama jugak dapat
Menyampah dah aku nak Tanya

Last last sejak dua servis terakhir ni aku pegi kedai biasa je
Bengkel kereta ja
Jadi apa apa kat kereta ni memang aku jawab sendiri la
Terpaksa
Sebab I cannot la sangat la sakit hati

Tapi ni dah tiba tiba tayar kereta berdengung
Ehh ko dah kenapa
Kejap bunyi macam tok tok tu
Lepas tu tak de bunyi pulak dah
Kena hantar pomen jugak ni nanti
Servis pon dah sampai masa
Nanti kita tanyakan abang pomen tu sekali

Tapi laki aku laa yang uruskan
Hari tu dia dah check
Katanya bearing tayar
Dah okay dah
Pas ni jadi balik
Hantar Tanya pomen la
Dia pon tak berani nak usik lebih lebih
hehe

Kbye
Nak makan aiskrim paddle pop pelangi

:)









Saturday, 2 April 2016

LITTLE NEWS

Assalammualaikum

Lama pulak menyepi, last update masa maal hijrah ko wehh..lama sangat dah tu
aishh

oktober, november, disember, januari, februari, mac n skrg ni dah april
hadoii
april baru bersidang balik..umah kita takdak line wifi yang bole update selalu.
ni pon tumpang pc opis.haha
nak update pakai hp, uishh malas yang amat laa
sejak2 ni nak tengok henpon pon malas 

okay, ak ni tengah mood mood excited xpercaya yang tak setel lagi okkay
haha
aku kahwin bulan lima 2015, sekarang ni dah april 2016, means dah nak masuk 11 bulan jugak la ak kahwin kan
heeeee
kitorang lepas kahwin pon memang dah plan nak ada anak terus sebab ak sangat la tak sabar nak ada anak,,haha asyik main dengan anak orang je.. bila tengok orang mengandung pon macam ehh tak sabarnyaa nak rasa jugakk perut besar anggun seksi macam tu heee

so here come the little news
alhamdullilah im pregnant..approaching 12weeks :)
amin amin..alhamdulilah..
sebelum ni setiap kali bendera merah muka husband macam kecewa sikit tapi buat buat macho sambil cakap tak pe kita cuba lagi lepas ni

aku pon dalam masa yang sama period memang tak teratur and ada rasa macam selalu tak sihat and so on..
for you info, nak masuk tiga bulan aku kahwin, dalam awal bulan lapan i have to go under one operation
hmm,,breast lump at both side,,mulanya aku g klinik sebab miss B aku sakit bila tekan
konon konon simptom pregnant la..tapi lain pulak jadinya
doc detect ada lima biji ketulan at my miss B. :)
esok tu terus refer pada pakar di so sebab tekan sakit ada

okay sambung balik taip
ada kerja sikit tadi :)

then lepas refer doc the next day ak terus kena operate
dua minggu dapat mc
balik penangg la apa lagi
haha

lepas dah sihat tu cuba lagi trying to conceive
walaupun macam still baru lagi kahwin, tapi perasaan nak mengandung tu sangat kuat
nak sangat sangat
sampai la tiba aku macam sakit teruk jugak
kejap demam kejap tak
makan tak tentu sebab jarang sangat lapar tapi berat tak turun turun jugak..haha
badan seram sejuk 
sakit here and there
n one day aku rasa pinggang aku macam sakit sangat berminggu minggu
aku nak rukuk n sujud time solat pon sakit
so i decide macam nak pegi urut
sebelum tu pon pernah jugak nak pegi urut tapi fikir buat apa sebab tak sampai setahun lagi kahwin
tapi yang ni aku pergi memang sebab pinggang aku sangat sakit sekali dengan nak try try urut la

sebelum aku pergi, aku google jugak dulu
then aku ternampak satu artikel ni pasal rahim jatuh
hmm..aku baca semua simptom simptom nya
hmm ada jugak jadi kat aku
so tak pe lah nanti dekat tukang urut tu aku suro dia tengok sekali
actually tukang urut ni bidan kampung
so alhamdulilah,,memang kena la aku pegi kat dia

aku urut dua hari turut2,,
so memang dia cakap rahim ak jatuh sikit..dua hari turut2 dia urut n tolak rahim naik..
sakit please jangan cakap
senak jugak la bila mak cik tu urut
:)

lepas tu aku dah tak ingat macam mana
lepas urut tu teros xperiod dah
haha..plus mula mula macam buat tak kisah ja
buat dek ja
sebab period aku memang dah lari jauh sangat dah
so kalau tak datang datang tu memang aku ignore ja
thennnn 
ada seminggu tu turut turut aku sakit bawah perot bila malam
bila malam je jadi
 malam je jadi
sakit sangat sangat bawah perut macam ada benda nak keluar tak lepas
aku assume nak period la kan
then tak datang datang jugak
lepas tu hahaha meh la kita check upt
 :)
:)
:)

alhamdulillah keluar dua line
peluk peluk dengan husband kejap pagi tu
malam balik keja tu pegi klinik
konfirmkan

yeayyyy

husband seronok sangat wehh
alhamdulilah
seronok bila doa kitorang dimakbulkan

morning sickness, muntah muntah memang tak da
cuma pening pening sikit, loya n selera makan memang out
tapi paksa jugak diri makan untuk baby

doakan aku sehat sehat dan baik baik saja k
insyaallah aminn

nanti rajin aku update lagi :)



Friday, 16 October 2015

maal hijrah!


Salam MAAL HIJRAH 1437
tiba-tiba hari ini macam rajin pulak nak update..alkisahnya semalam tiba tiba dah kantoi dekat famili group yang aku ada blog..tapi blog biasa jekkk..dulu havoc la jugak kot blog ni,ada ja entry non stop..then time by time, sorry sgt sebab rajin aku sangat lah seketika..hhahaha

tapi tak pa, sempena maal hijrah ni azam baru jadi dh berazam untuk sentiasa berdating dengan blog..wifi coming soon..tq husband!muuahhh cikedd
in the mean time kita habiskan wifi ofis dulu..haha
 maal hijrah semua orang cuti, tapi laki aku keja!
hishh tabah sangat
naseb la kerja half day sajoo
sibuk la aku masak dalam masa kepergian dia ke kerja itu
nasi lemak, sambal sotong, sayur goreng, telur rebus, ikan bilis goreng n timun
kul 11 baru mula masak..dah masak aku mandi..
tengah mandi tu, laki pon balik..

haa dah jom la berjemaah makan
dah aku pon jamah coco crunch ja pagi tu
tanya laki aku bekpes makan apa
nasi goreng jeee..hmmm 

licin wehh, sorang dua pinggan..nasi balance sikit ja
aku masak ngam dua pot
haha sorang satu pot kot
gambo nando sebab tak sempat
ngap ja dulu

then kemas kemas sambung tido lagi laki bini
mati la gemok nanti haha
bangun pon dah dekat kul empat
buruk perangai baru nak solat zohor
lepas tu tunggu asar terus menerus la keluar
laki nak pegi amik cop nama dia dah siap
then bergaduh nak makan mana
makan lagi okay
cheese nan vs roti canai
kalo tempat yang sama takpa
tapi ni lain lain 
aku nak makan pak putra
laki nak makan kat pasar borong
damn!
dia menang kott
dushh
before tu, kak su tak sehat
so kitorg decide nak bawak die g klinik
so jom lee
die pon kena cucuk sket kat bontot
hekhek
anta kak su balik
kitorang pon balik
dah pukul 10 malam
jom la membuta
esok dah kerja


tapi aku ja la 
laki aku tu mana boleh tengok baju ada sikit dalam machine basuh
semua dia nak basuh
aku cakap tak pa
weekend ni aku basuh la
baju tak banyak nii
tak boleh jugakkkkk
nak basuh jugakkk
lepas basuh baru dia nak tidoo
krohh krohh krohhh
gitu la maal hijrah kitorang

hoping for good news this year

insyallah

pray for us

banyak la pulak pot pet
rindu menaip la tuu!
haha

Tuesday, 27 January 2015

: curik masa


tengok jam kejap ada lagi sepuluh minit

meh aku nak kaborkan kejap benda jadi satu pagi hari tu
aku memang sedia maklum kurang ramah mesra sikit dengan jiran tetangga ni..sebabnya pegi keja dah pagi pas tu balik pon dah malam kadang kadang maghrib bru smpi so acane?
memang duk umah je la kejaan akuu ituu tanpa bergurau senda borak cik kiah dengan teman setaman

adalah satu pagi ni aku macam dah lambat sikit nak pegi keja, dah tutup gate umah tu pas tu tiba tiba ada orang tengah jln pas sambil lintas aku tu tegor, cantik patin hari ni, nak g keje ke?? 
aku pon dah macam haa?ko sape?bile penah cakap dengan ko kan..
senyum je la yg mampu..sambil angguk angguk kerang busuk..kahkahkah..
pas tu bila dah berhenti tgk muka aku senyum macam tak ikhlas dia tenung aku betul betul tros jalan depan tak toleh dah..sebab baru perasan salah orang..haaa, tau ponn..

banyak benda baru aku tahu pagi tu, 
1.anak jiran aku sebelah ni namanya fatin sorang walaupon tau yang mana satu..
2.pas tu nak tegur orang tu tengok dlu, bagi salam dulu supaya tak salah orang..
3.then aku memang cantik rupanya tiap tiap kali nak pergi kerja..hahahhahaha

okay masa dah tamat..challo challo
chammak challo 
beridah dengan paper work

baru dapat satu kontrak uolss
besar yang amat laa jugak laa
dapat ja benda ni daku terus pikirkan kerja kahwin yang macam tak tau sampai mana dah persiapan semua..nak nangisssss

sempat kaa?aku tak dak masa dah nak berangan pasal lepas kahwin siap siap..kerja dan kerja kahwin yang kena fokus..woii, banyak kerja woi..boleh ka ni?
tunang asyik suro aku sabar sabar sabar..buat satu satu..dont be clumsy
but

*sigh*


nampak aku dah sinsing tangan lemak dah naik ketul ketul..hahaha
masa ni kat bank nak amik geran, road tax dah kena renew!
perlu ka masa ni?daku stress!



Wednesday, 14 January 2015

: atteya's wedding day!


setakat ni sepupu perempuan kahwin semua ikut turn, kalau nak ikot belah ayah la..wedding ni dah lama tapi baru lah nak update..sebabnya bila aku godek godek balik my gallery ohhmaii banyak la jugak gambar yang tak dikongsikan..wah bajet retis kan ko..so iolls tengah duk saja saja terlentang ni meh laa cerita sket sket..

atteya wedding day

actually sepupu aku sorang kahwin bulan lima hari tu dah..end of may..which means last year la..nikah jumaat, sanding sabtu..jumaat tu macam biasa buat di masjid but yang bestnya..lepas akad nikah petang tu we olls semua packing baju cepat cepat sebab esok tu majlis kenduri buat dekat garden

SIMPOL GARDEN OF LOVE

majlis ni dekat rawang jugak cuma area tu aku tak sure sangat dekat mana..xpa.it is not that important..but the view is sangat cantik..macam dalam garden..keliling ko pokok pokok dan pokok lagi..suasana alam laa..so kalo nak shoot wedding photo pon tak payah pergi luar kawasan..dalam kawasan sajoo pon bole gakk..

back to the story
jadinya dengan sekali lafaz teya dah sah jadi isteri orang..hekhek(sambil taip sambil senyum, gila ke ap kau) haha

me know why k

:)

so, few photos untuk korang tonton
side kitorang semua  baju sama..green turqouise
dah macam boria okay semua orang..senang ja nak kenal tuan rumah..ehh, baju tu eh cari yang baju warna ni (tengah tersengih sengih tersenyum lagi ni)

hahahaha

harap maklum, gambar aku sahaja yang banyak k!

enjoy!


harus lah gambar ni dulu ye takk?haha
yang ni lepas khatam quran petang khamis tu..they olls rasmi dlu pelamin nih


then yang ni berinai..berebut budak budak ni nak duduk atas pelamin..hayqal standby dah muka masam dia..hadoii




they olls ni semua cousin sister..dah kawen kayhh except for eby la








ni lepas akad nikah..alhamdulilah..sambung photoshoot kat rumah pulak..

MAJLIS RESEPSI



























































































lepas raya tu kenduri belah syah pulak..lama jugak la selangnya..kedek kedek la aku datang dari melaka..book hotel kat kl..stay dengan ibu ayah..malangnya tiada gambar bersama kecuali dengan budak kenet ni haa..

sorry la auntie memang suka perasan macam ni

lagi kann..ada orang tu tengah la perasan tersengih sengih sorang sorang sebab dia rasa macam tak percaya lagi pon ada..fefeeling princess la apa la..tiap tiap malam dia tampar tampar pipi..bila tunang dia wasap or call barulah dia macam percaya berpijak di bumi yang nyata..bila ibu ayah dia col tepon memanjang cakap membebel pasal persiapan bla bla sana sini..baru jugak la dia tersedar bangun dari mimpi perasan dia tak sudah sudah..haha

yee..insyaAllah..semoga dipermudahkan semua..aminn

nak tau sapa?




masa ni macam mau tak mau..tapi niat tu dah ada..macam main main sikit pon ada..tapi lebih pada tergedik gedik macam tak mau macam mau..macam mengada eh macam semua laa..haha




lepas tu lepas tu berapa ketika..alhamdulilah..pasal ni nanti kita story k..sebab kena full detail..haha..tak yah nak detail sgt la..bapa bulan ja lagi ponn..saja up gambar ni sebab lepas ni kita pon ada gambar macam yang kat atas semua tu..hekhekhek..gedikkkkssss


p/s mulanya nak buat entry athna kawen sekali tapi hmm nanti nanti laa..sakit dada dah ni menaip..lepas tu kita tengah design baju kita nihh..hekhek..gedikkkkkss lagi uolsss

Monday, 5 January 2015

: cuti maulidur rasul

salam


normally sabtu memang kerja..tapi disebabkan maulidur rasul jatuh pada hari Sabtu..jadinya i is cuti holiday villa on that day..boleh la bersenang senang lenang terlentang atas tilam untuk masa yang agak lama..sudah berkira kira yess tengah hari baru akan bangun..
TETAPI

pagi pagi lagi telefon dah bunyi nyaring..Arghh

din - iili, acik dengan abh suro datang umah hari ni
iili - haaa?alaa..hmm..malu laa (alasan)(sambil suara serak)
din - dari duk umah sorang tu jom la meh sini, balik pas magrib din anta
iili - ikutlaa (pasrah dan redha)
din - okay.kul sembilan sampai

aku dah macam haa??tengok jam dah pukul 8.15..damn..tengah kira kira lagi..macam nak cancel sebab lagi sayangkan waktu tidur tu..tapi hmmm..jom laa bangun bersiapp

so, pukul 9.30 tunang sampai..pukul 9 tepat aku dah siap kott..okkayy..then dari krubong nak sampai kuala sungai baru tu adalah dalam 40 minit jugak..sempat jugak buat tahi mata dalam keta..hekhekhek..singgah family store beli ayam, kobis bunga, tomato, sos tomato, santan..hmm, masa ni dah boleh agak dah nanti aku kena buat apa bila sampai nanti..*nangis jap dalam hati* kitorang sampai pon dah pukul macam dekat pukul 12 macam tu..sebabnya aku laa lapaq sangat suro tunang berhenti cari makan lepas p family store tu..segan pulak sampai2 nanti tros cri nak makan sarapan..kantoi la bangun lambat kann..

jadinyaa,  elok aku letak barang ja, acik dah prepare nak masak..huarghhh..jerit nangis dalam hati..ada nampak ikan siakap..pas tgu ayam kitorang beli tu pas tu nampak santan..acik cakap ikan tu buat tiga rasa..ayam ni acik tanya nak buat kari ke masak lemak..aku pikir orang melaka ngn nogori ni mestila masak lemak kann..hmm, takkan nak ikut tekak aku pulak..so, marilah ayam masak lemak dan siakap tiga rasa..jom la kita berjoget dangdut di dapurrrrrrr..alkisahnyaa memang aku yang kena masak niiii!!*peluhh wehh peluhh*

memula aku cakap tak nak masak..haha..pas tu acik g report kat abah cakap aku tak nak masak..abah gelak je, pas tu cakap masak la macam mana pon..aku dah rasa macam adoii malunyaa..sungguh aku kekok kalau duduk kat dapur orang pas tu asyik tengok ja..aku dah tak nak buat apa..pas tu tunang ni bole pulak tenggek ja kat tepi tu gelak gelak kat aku..cisss..tunggu la bila balik kedah nanti..then aku pon masak la sambil acik dok sebelah tengok tengok..aku tanya tanya tu pas tu gelak gelak dua dua orang..senang cakap memang masak sesama laa..hekhekhek..phewwww..pas tu buat air, tolong hidangkan semua..huwaa..praktis ni praktis..tengok abah ngn acik pon senyum senyum ja..hekhek..aku lagi la konpiden..hahahha

lepas tu rehat rehat lepas dah siap kemas semua tu..acik ngan abah ada tetamu..so aku duk tengok tv je kat ruang tengah..syokk woo layan hindustan Main Prem Ki Diwani Hoon..pas tu mata pon layu..tabah la aku tahan mata jangan tido...malu laa nanti..then bila dah petang petang sikit tu aku amik angin petang di kawasan rumah tunang ni..

aku suka sangat tiap kali datang umah tunang ni sebab kawasan rumah ni memang la sangat luas..banyak pokok..macam macam jenis buah pon ada tapi ikut musim la..ko sebut la semua ada, rambutan, mangga, kelapa..semua ada..pas tu ada ayam, itik, kambing..hahaha..i just love the environment..






jadinya cuti maulidur rasul dihabiskan di rumah bakal mentua
heeeeee..i feel like home!
Alhamdulilahh


Thursday, 1 January 2015

2015



baru baru baru..semuanya baru..haha..gilooo..lama tak buat entry lepas tu masuk terus baru baru baru..2014 dah gone away..sekarang dah 2015??whattt?oohhhmyyy 25 tahun!!!phewww lap peluhhh
hekhekhek

normally orang akan ada azam tahun baru la apa la..sama la macam aku jugak tiap tiap tahun ada azam okkayy..tiap tiap tahun tapi kesudahannya still macam tu..tapi takpa yang penting semangat tu mau ada..aim tu ada tapi kebiasaannya memang takkan menjadi..huuuuu
susah kalau jadi orang blurr dan pendirian tak tetap ni..tapi yang penting sentiasa jadi cun and control macho (ibu jari kanan calit hidung skett) hekhekhek

jadinyaaa untuk 2015 ni marilah berazam dan berdoa serta berharap bersama sama..marilah beraim bersama sama..dan marilah jangan bersedih bersama sama andai kata aim atau azam itu tidak menjadi dan tidak kesampaian..hekhekhek

jadinya azam doa tahun ni apa?hmmm..

1) nak solat di awal waktu..pernah rasa tak kalau azan ja terus pegi solat then rasa tenang ja..bukannya macam tengah azan tapi masih atas tilam berselimut, bangun ngam2 mandi solat iron baju dan bersiap stat enjin keta then terus jalan..ohh tidakkk, tahun ni diharapkan bangun awal lek lek dulu, pas tu mandi lepas tu solat dalam keadaan yang tenang dan tidak tergesa gesa..pergi kerja dengan tenang..tak la jadi tak tentu arah bawak keta macam orang gilooo..hekhek

2) kemudian nak bekerja dengan lebih ikhlas..selalu kalau bos cakap itu ini, mintak kerja on the spot then ambush aku on the spot nak semua benda cepat ja, memang ak rasa macam nak ambush ja bos tu..pas tu tiba-tiba aku nak jadi berangin..because i memang cannot la nak buat kerja kelam kabut and so on..nanti semua jadi tak betul..cuba la bagi aku buat kerja dengan tenang sket.. ni tak tengah buat benda ni, pas tu sergah tanya tu tanya ni mintak tu mintak ni, benda ikhlas tenang tiba tiba jadi tak tenang tak ikhlas..okay, awak bos, saya pekerja jee..huuuuu..jadi lepas ni diharapkan diri ni menjadi lebih bersedia dan lebih bersedia dan lebih bertenaga untuk menghadapi apa jua kerja tiba tiba yang mendatang supaya diri ini menjadi lebih ikhlas! hekhekhek

3) semoga semua keluarga dan diri sendiri dikurniakan tubuh badan yang sihat..dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.. moga semua orang berada dalam keadaan baik baik sahaja di samping orang dan keluarga tersayang..sentiasa tingkatkan diri dalam ibadah dan sentiasa beriman dalam apa jua situasi yang melanda..ehemmm :)

4) heeee..tahun ni ada majlis..niat aku agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidupku yang baru..moga moga semuanya berada dalam keadaan baik baik sahaja..harap dapat mengharungi segala cabaran yang datang dan hidup baru yang diberkati...heeee :)

5) tak ada dah benda yang aku harapkan..cuma harap bumi ini aman dan sentiasa dilindungi dari bencana bencana dan ancaman ancaman yang tidak sepatutnya.. :)


SELAMAT TAHUN BARU