Thursday 1 January 2015

2015



baru baru baru..semuanya baru..haha..gilooo..lama tak buat entry lepas tu masuk terus baru baru baru..2014 dah gone away..sekarang dah 2015??whattt?oohhhmyyy 25 tahun!!!phewww lap peluhhh
hekhekhek

normally orang akan ada azam tahun baru la apa la..sama la macam aku jugak tiap tiap tahun ada azam okkayy..tiap tiap tahun tapi kesudahannya still macam tu..tapi takpa yang penting semangat tu mau ada..aim tu ada tapi kebiasaannya memang takkan menjadi..huuuuu
susah kalau jadi orang blurr dan pendirian tak tetap ni..tapi yang penting sentiasa jadi cun and control macho (ibu jari kanan calit hidung skett) hekhekhek

jadinyaaa untuk 2015 ni marilah berazam dan berdoa serta berharap bersama sama..marilah beraim bersama sama..dan marilah jangan bersedih bersama sama andai kata aim atau azam itu tidak menjadi dan tidak kesampaian..hekhekhek

jadinya azam doa tahun ni apa?hmmm..

1) nak solat di awal waktu..pernah rasa tak kalau azan ja terus pegi solat then rasa tenang ja..bukannya macam tengah azan tapi masih atas tilam berselimut, bangun ngam2 mandi solat iron baju dan bersiap stat enjin keta then terus jalan..ohh tidakkk, tahun ni diharapkan bangun awal lek lek dulu, pas tu mandi lepas tu solat dalam keadaan yang tenang dan tidak tergesa gesa..pergi kerja dengan tenang..tak la jadi tak tentu arah bawak keta macam orang gilooo..hekhek

2) kemudian nak bekerja dengan lebih ikhlas..selalu kalau bos cakap itu ini, mintak kerja on the spot then ambush aku on the spot nak semua benda cepat ja, memang ak rasa macam nak ambush ja bos tu..pas tu tiba-tiba aku nak jadi berangin..because i memang cannot la nak buat kerja kelam kabut and so on..nanti semua jadi tak betul..cuba la bagi aku buat kerja dengan tenang sket.. ni tak tengah buat benda ni, pas tu sergah tanya tu tanya ni mintak tu mintak ni, benda ikhlas tenang tiba tiba jadi tak tenang tak ikhlas..okay, awak bos, saya pekerja jee..huuuuu..jadi lepas ni diharapkan diri ni menjadi lebih bersedia dan lebih bersedia dan lebih bertenaga untuk menghadapi apa jua kerja tiba tiba yang mendatang supaya diri ini menjadi lebih ikhlas! hekhekhek

3) semoga semua keluarga dan diri sendiri dikurniakan tubuh badan yang sihat..dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.. moga semua orang berada dalam keadaan baik baik sahaja di samping orang dan keluarga tersayang..sentiasa tingkatkan diri dalam ibadah dan sentiasa beriman dalam apa jua situasi yang melanda..ehemmm :)

4) heeee..tahun ni ada majlis..niat aku agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidupku yang baru..moga moga semuanya berada dalam keadaan baik baik sahaja..harap dapat mengharungi segala cabaran yang datang dan hidup baru yang diberkati...heeee :)

5) tak ada dah benda yang aku harapkan..cuma harap bumi ini aman dan sentiasa dilindungi dari bencana bencana dan ancaman ancaman yang tidak sepatutnya.. :)


SELAMAT TAHUN BARU


No comments: